09 December, 2011

Triple Bombastic #1

Episod 1

"mama,I don't want it..please.." Adeena memuncungkan mulutnya. siapa suka dipaksa kan.


"no,riesya..awak kena pergi jugak.lagipun sekolah tu ok what. dah-dah..takde kompromi lagi." puan Mahani mempamerkan muka berharap. 


"but..mama,Riesya tak nak..Riesya sayangkan skolah lama Riesya..Riesya tak nak pindah." semakin panjang muncungnya ditarik. mama ni..kalau A kata dia..A laa jawabnya. Riesya mengeluh lagi.


"Ariesya Adeena,dengar cakap mama kali ni boleh tak? mama tak kira sama ada Riesya nak atau tak,Riesya kena pergi jugak. dah la,malas nak layan awak.minggu depan skolah buka.siap-siap apa yang patut" layan karenah anaknya yang sorang ni sangat lah memeningkan.kena gertak jugak nampaknya bila cara pujukan tak berkesan.ishh...


"papa..."Ariesya lantas memanggil papanya bila ternampak kelibat Encik Megat Ahadiat baru keluar dari kereta.


"jangan kacau papa,dia baru balik kerja" pantas puan Mahani menyampuk.


"Riz.."Ariesya memanggil abangnya pula. satu-satunya abang di dunia.Hmm..kalau laa kembar abang tak meninggal dulu..pasti aku sekarang ada seorang kakak dan seorang abang..Nor Rizal Adam dan Nor Risya Adani. 


"jangan kacau abang,dia nak study tu"sekali lagi puan Mahani menyampuk.


"mama....."


"mama nak pergi solat" puan Mahani terus meninggalkan anaknya di ruang tamu.suka bila boleh kenakan anaknya.




******************************************




"ishh..punya lah berat beg ni.menyesal aku tak suruh Iz tolong aku.nak merajuk sangat.uh! padan muka kau Aden.." Ariesya terkumat-kamit membebel sambil mengheret begnya masuk ke dalam dorm Melati.


"eh,hai..." tegur seorang perempuan yang bertudung putih itu sebaik sahaja melihat Ariesya.Ariesya memandang perempuan bertudung putih itu.tangan diangkat.eisshh..ramah laa pulak minah ni.dah laa aku tak de mood ni.dah tu..tengok je aku duk heret beg besar gedabak ni.tak nak tolong ke?


"hai.."dengan muka takde perasaan Ariesya berkata ke seluruh warga dorm Melati..agak-agak lima orang yang berada di situ.


"hai..baru sampai ke?"tanya salah seorang daripada mereka. takdelah..dari tahun lepas lagi aku sampai.teringin je Ariesya nak cakap macam tu. tak nampak ke ape diorang ni.tanya soalan ntah pape.


"err..hai,nama aku Nisrin Raihan..panggil je Ann.." Ann mula bersuara bila tiada reaksi dari Ariesya.Ann tersenyum memulakan sesi perkenalan.dormnya sudah penuh.enam orang satu dorm dan Ariesya ialah orang terakhir yang ditunggu sebelum sesi suai kenal dimulakan.


"An..an..an..doraemon" seorang daripada mereka menyampuk..ha..ha..ha..dorm tersebut gamat dengan ketawa mereka.Ariesya masih lagi dengan muka takde perasaannya itu.


"hello..nama aku pulak Deana Natasha..call me Nat.." perempuan yang bertudung putih bersuara.


"Nat? hazel nut or nut butter?"seorang lagi menyampuk..semakin galak mereka ketawa.


"ok..ok,nama aku Amirah shufiyah..just call me Mie"perempuan yang berada di depan sekali memperkenalkan diri.


"mie? mi sup? mi tomyam or mi laksa? ermmm...sedapnya" ha..ha..ha..semakin kuat mereka ketawa.


"dah-dah..nama aku Atiqah..call me Atiq.." Atiq tersenyum bila melihat rakan-rakan barunya takde modal nak kenakannya. ha..ha..ha..nama aku special ape..


"dan aku pulak..nama aku Suhailah.panggil Sue je" gadis kecil molek itu berkata.yang lain semua membuat mulut membentuk O..ooow..semua orang memandang ke arah Ariesya.Ariesya mengangkat kening.'apa hal?'..sesaat..dua saat..baru Ariesya faham maksud pandangan gadis-gadis di depannya itu.


"Aden"


"hah?" semua melihat ke arah Ariesya.apa kebenda laa budak ni.jatuh dari langit ke apa.


"Aden,panggil aku Aden" Ariesya berkata lagi.semua berkata O tanda faham.ada emas ke apa dalam mulut.ishh..tak faham..tak faham..


pada saat itu...bermula laa sesi berkenalan antara mereka semua.




**********************************************




"Aden!"jerit Nat..terkejar-kejar dia menyaingi langkah Ariesya..


"apa?" Ariesya mengangkat kening.


"kau tu lah..aku tahu laa kau tu pelari pecut sekolah.tapi agak-agak laa nak lumba dengan aku pun.penat tahu tak..!"


"tadi kau jugak yang ajak aku turun riadah..nak membebel pulak. kalau landing atas katil lagi best tau"


"yela..yela..tapi pelan-pelan laa sikit ek..kesian kat aku tau.kau tak kesian ke?"


"ermm"Ariesya berhenti langkah dan menghadap ke arah Natasha. tak sampai lima saat..badan Ariesya dirempuh seseorang.jatuh tersungkur Ariesya di atas jalan raya itu.


"adoi!!"


"Aden!!" Natasha terus menghala ke arah Ariesya..


"Aden,are you ok?"Natasha membantu Ariesya berdiri.


"woi! tak nampak ke aku tengah berdiri kat sini? jalan punya laa luas" Ariesya terus menyerang lelaki yang telah melanggarnya tadi.


"yang kau berdiri kat sini kenapa? dah takde tempat lain ke?" lelaki itu membalas balik.mana boleh dia berdiam diri je.


"heh! itu aku punya suka laa.." Ariesya membalas..tak boleh jadi ni. bukan nak mintak maaf.nak marah-marah aku pulak..boleh jalan laa..


"hoi,perempuan..apa kau ingat kau model ke nak berdiri kat sini. muka pon dah macam tempe basi. heh! tak heran laa.." 


"hei,mangkuk...mulut kau..jaga sikit ek.dasar sewel..!" muka kedua-duanya sudah merah.


"sape sewel? kau tu yang tak betul.." lelaki tadi membalas balik. jangan harap aku nak tunduk kat perempuan tak betul ni. hei..ni Carl Arqan Darwisy laa..huh! 


"wei,apa punya bangang laa kau ni..kau ingat..kau...."


"Arqan!" lantas satu suara lelaki menghampiri mereka.lelaki yang melanggar Ariesya mengangkat tangan.


"yo! Buyen.." lelaki yang dipanggil Arqan itu menyapa.


"again??" Buyen a.k.a. Nazrin menyoal Arqan.Arqan hanya mengangkat bahu.


"ha..ha..takde ape laa..hei,bro..jom lah..malas aku layan orang gila macam ni" Arqan mengenyit mata ke arah buyen. Buyen hanya mengangkat bahu.


"eeii...geramnya! entah-entah diorang gay ke hape" Ariesya melepaskan geram dan kata-kata Ariesya tadi terus menghentikan langkah Arqan dan Buyen. Arqan menghampiri Ariesya.


"you!!" Arqan menghalakan jari telunjuk betul-betul di hadapan Ariesya.."beware!!" Arqan menghabiskan ayatnya lantas meninggalkan Ariesya dan Natasha.


"hei,you..beware!" Ariesya lantas menepis tangan Arqan tadi lantas meninggalkan Arqan dan Buyen.




****************************************




"eh,Aden..kau tak makan sayur ke?" tanya Ann.


"haah..kau tak makan ke?" Mie turut mencelah.


"pelik ke?" Aden bertanya balik.pelik sangat ke kalau aku tak makan sayur. kalau aku tak makan nasi,tu baru lah pelik.


"betul-betul..pelik ke kalau tak makan sayur? aku pun tak makan jugak" Atiq bersuara.


"aku pun" Sue turut mencelah.semua memandang Nat.Nat mengangkat kening 'apehal?'...dua saat lepas tu baru dia faham akan pandangan kawan-kawannya itu.


"yang aku sedang suap ni apekebenda? kayu?" semua tersengih kecuali Ariesya..tetap dengan muka takde perasaannya itu. mereka semua sedia maklum dengan perangai Ariesya itu. Ariesya yang takde perasaan.


"opss!" terdengar satu suara betul-betul dibelakang Ariesya. Air jus tembikai yang dibawa oleh Arqan tertumpah di atas Ariesya. dengan pantas Ariesya berdiri.


"kau!!" Ariesya menjerit.semua mata berpaling ke arahnya.


"ha..ha..ha..ye saya,ade ape?" Arqan ketawa melihat Ariesya yang dah basah dengan air tembikainya tadi..


"apa yang kau tak puas hati dengan aku hah?!" Ariesya kembali menyinga.


"takde ape" dengan selamba derk Arqan menjawab.


"kau memang sengaja nak cari pasal dengan aku kan?!"


"ek? mana ade..pasal cari aku"


"kau!! memang nak kena" dengan pantas Ariesya mengambil air tembikainya lalu disimbah ke arah Arqan.habis basah baju melayu Arqan yang nak bersiap ke surau untuk solat magrib.


"weh,siot punya perempuan."


"ok,sekarang baru adil kan.." Ariesya membalas.


"Aden..dah laa tu..jom kita pergi. malu la orang tengok." Ann menarik tangan Ariesya.


"betul tu,dah laa Arqan..dengan perempuan pun kau nak gaduh ke." Buyen turut meleraikan keadaan genting tadi.


"Ann,Nat,Atiq,Mie,Sue..bawak Aden masuk dalam..tukar baju..biar kitorang uruskan hal Arqan ni" Fiz,merangkap abang kembar Ariesya bersuara.kembar? hehe..sebenarnya tarikh lahir diorang je yang sama. kira kembar la tu kan? tapi kembar lain mak lain ayah laa. tak ke?


"betul-betul..bawak dia masuk dalam dulu" Juan yang dari tadi senyap bersuara. Juan merupakan rakan sekelas dengan Aden dan Atiq serta satu dorm dengan Arqan.


"kalau kau cari pasal lagi dengan aku,nahas!" Ariesya menunjukkan jari telunjuknya ke arah Arqan.


"hei,perempuan! kau kena ingat..aku takkan lepaskan kau dengan mudah" selesai Arqan bersuara..dia terus meninggalkan mereka semua.




****************************************




"Ann,teman aku pergi makmal komputer jap" 


"nak buat pe?" Ann mengangkat kening double jerk.Ariesya mengeluh..lupa lagi la tu minah ni.


"kan kita kena buat research tentang pollution. homework Biology..takkan tak ingat kot" Ann mengangguk-angguk apabila teringatkan kerja yang cikgu tinggalkan untuk mereka buat.


"adoi..sakitnya...aku terlanggar orang ke batang kayu ni? sakitnya kepala aku" Ariesya lantas menggosok kepalanya dah bingung tadi.


"errk..alamak........" Ann lantas bersuara apabila melihat orang yang dilanggar Ariesya tadi.Arqan!!


"what??!" Arqan terkejut dengan kata-kata Ariesya.batang kayu?!!


"kau lagi??" serius Ariesya terkejut beruk+babun melihat Arqan betul-betul di depannya.patutlah..batang kayu yang hanyut masa tsunami rupanya.


"huh! dah takde muka lain gamaknya..apsal asyik kau je yang muncul depan aku heh?! kalau muka macam bidadari ke..takpe jugak kat nak muncul 24jam depan aku..ni muka ntah pape..bosan! meluat!" Arqan sengaja mengeluarkan kata-kata yang boleh membawa mereka kepada pertengkaran. 


"hoi,mamat tiga suku! kau dengar sini baik-baik..aku tak heran laa dengan muka poyo kau! dengan perangai bangang kau! dengan kata-kata orang takde otak macam kau! go to hell lah!" kembang-kempis hidung Ariesya menahan marah.


"alamak...habislah kali ni..." Ann yang sedari tadi melihat aksi antara dua makhluk di depannya mula gelabah apabila melihat cikgu disiplin on the way ke arah mereka. dah terlambat........


"Ariesya! Arqan! ikut saya ke bilik disiplin. kamu Nisrin Raihan! masuk kelas kamu!"cikgu Roslan selaku guru disiplin memainkan peranannya.


"ini semua kau punya pasal!" Arqan memarahi Ariesya.


"apesal aku pulak? kau yang mulakan dulu!" Ariesya membalas.


"yang kau jerit kuat-kuat sampai bangunan sekolah pun hampir runtuh pehal?"Arqan membalas balik.


"hei! korang berdua ni..ni bukan gelanggang nak bertekak kat sini. ada saya suruh kamu berdua bercakap?" Arqan dan Ariesya menggelengkan kepala mereka.


"dah bisu? tadi bukan main lagi kamu bertekak" cikgu Roslan mula menyinga.ni yang tak best ni.


"tak cikgu..." mereka menjawab serentak.


"bagus,ikut saya...kalau saya dengar lagi kamu bertekak..siap!" mereka membuntuti cikgu menuju ke arah bilik disiplin.




*****************************************




"sekarang,sila jelaskan kepada saya" cikgu Roslan memulakan soal selidik.


"dia yang mulakan dulu cikgu" Ariesya pantas bersuara.


"eh,mana ada...dia yang mulakan cikgu" Arqan turut bersuara.


"tak cikgu,dia yang bersalah"Ariesya membalas.


"saya tak tahu apa-apa cikgu,dia yang bersalah..dia yang serang saya dulu" Arqan membela diri.


"hei,kau jangan nak bohong ek!" Ariesya mula berang dengan Arqan..rasa nak ditumbuk-tumbuk je muka mamat kerek disebelahnya.


"kau yang bohong...kau....."


"sudah! sudah! saya bukan nak dengar korang bertekak kat sini. dua-dua salah..korang akan dikenakan denda atas kesalahan bergaduh" cikgu Roslan membuat keputusan.


"cikgu,minta maaf cikgu..jangan lah denda kami..please..Arqan.." Ariesya bersuara sebak..


"korang tahu tak ni tempat apa?" soal cikgu Roslan. mereka mengangguk tahu.


"ni TIC...Tengku Ibrahim Collage..dan korang merupakan batch pertama di sekolah ini..satu-satunya batch pada tahun ini.kamu dah besar kan? dah form4..kalau perangai kamu still macam ni..macam mana pula korang nak bimbing adik-adik form4 tahun depan?"


"kami minta maaf cikgu.." Arqan bersuara mewakili mereka berdua.


"baiklah..cikgu terima maaf daripada kamu berdua. kalau lepas ni cikgu dengar lagi korang bergaduh..cikgu tak teragak-agak mengambil tindakan disiplin ke atas kamu berdua. sekarang kamu boleh balik ke kelas masing-masing." cikgu Roslan memberi kata putus.


"terima kasih cikgu" mereka bersuara serentak lalu melangkah keluar dari bilik disiplin dengan senyuman.


"kau jangan ingat aku akan lepaskan kau. beware!" sempat Arqan berbisik di telinga Ariesya sebelum meninggalkan bilik disiplin.